9:43 PM
|
by gmie70
"Ngantuknya rasa hari ini. Nak tidur....hari masih siang lagi. Malu gak kalau asyik tidur je tiap-tiap hari. Telinga pula terasa gatal pula. Nak garu pun, kuku tak potong lagi. Aduuuuuu.....frustnya sebab tak boleh garu telinga yang gatal ni."
Begitulah keadaannya. Andai kata kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang sememangnya kita boleh lakukannya....alangkah frustnya kita pada waktu itu. Kita tidak dapat memanfaatkan kebolehan kita pada waktu itu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Tentu kita akan terasa kekesalan dan ketidakpuasan hati kita. Sekurang-kurangnya kekesalan itu terhadap diri sendiri
Oleh itu, manfaatkan
kebolehan dan
kelebihan yang dikurniakan Tuhan ke atas kita dengan sebaik-baiknya. Rebutlah sesuatu peluang itu yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup kita.
9:13 PM
|
by gmie70
Selepas result yang agak-agak boleh tahan, aku berjaya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Tumpat iaitu dari tahun 1988 – 1989. Sementara menunggu result STPM, sekali lagi aku berhasrat untuk ‘berehat’ di Spura. Tapi kali ini, bukan lagi dengan makcikku tetapi dengan kawanku serta keluarganya. Aku panggil Pak Cu je….nama sebenar ialah Sabri. Dia tinggal di Padang Mandul Cabang 4. Dia ni kawan sedorm semasa aku tinggal di asrama SMT.
Tempat di Spura aku tak ingat apa namanya. Kali ini aku kerja di bahagian besi – ikat mengikat besi. Semasa aku sampai kat Spura, projeknya masih lagi di dalam ‘peket’- buat tapak lah tu. Tapak tiang dikorek- kalau tak silap aku, lebih kurang 10 X 10 kaki dan dalamnya 8 kaki. Tahu-tahu saja lah kalau kerja dalam peket, nak pula bila hujan….lecah, becak dan berselut. Peh…..bila melekat pada kasut, beratnya. Dan, yang paling penting, tidak ada lagi kren kat situ untuk mengangkat bahan-bahan binaan.
Di dalam tapak tu, akan dimasukkan sangkar yang diperbuat daripada besi yang bergelang yang saiznya sebesar ibu jari tangan kanan seorang dewasa. Besar tu. Nak buat bangunan besar lah katakan. Kalau tak silap aku, bangunan kilang setinggi 6 tingkat.
Di sini…..suatu pengalaman perit yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Amat perit. Maklumlah, kerja dalam peket ni, kren mana ada nak angkat ‘barang’. Nak tahu apa yang peritnya-kena usung sangkar untuk dibuat tapak bersaiz 8X8X8 kaki. Mak oi…..bagai nak pecah kepala bahu aku mengusung sangkar itu seramai 12 orang. Aduh….masih aku terasa peritnya aku kerja kat sini pada tahun ini (1989) tidak seperti tahun 1987. Begitulah……walau seperit mana pun kita pada waktu itu, tapi kita kena ingat….masih ada lagi sekumpulan manusia yang perit untuk menjalani kehidupan yang bukan berada di bumi asing. Beringatlah sebelum kena.
8:25 PM
|
by gmie70
Betapa waktu itu, aku masih ingat lagi di kala aku baru tamat menduduki SPM. Pada tahun itu ialah 1987. Maklumlah, selepas habis periksa, tak tahu apa yang hendak dibuat. Bukannya sekejap….lama tu. Kebetulan pada waktu itu, mak sedara aku adalah kerja kat ‘Spura’(Singapura la tu). Teringin gak aku ke sana untuk menghabiskan cutiku yang agak panjang itu. Mak sedara aku tu, bukannya kerja goment kat sana, buruh kasar aje…yang bersesuaian dengan kudrat kaum Hawa la katakana.
Setelah selesai urusan membuat passport-terima kasih mamaku- aku, abangku dan makcik makcikku pun bertolaklah ke Singapura. Tarikh aku pun dah tak ingat dah sebab aku malaslah nak belek passportku itu – passport terhad je. Maklumlah dah hampir 23 tahun dah tu. Kalau ada anak perempuan, mungkin dah dapat timang cucu kot. Yang aku ingat ialah akhir tahun 1987. Tu je yang aku ingat. Itulah first time aku kerja kat Spura. Sebelum ni mana boleh. Sebabnya?......aku masih belajar masih belajar lagi.
Tempat kerja aku kat Spura ialah Ang Mo Kio. Aku masih ingat lagi tempat itu. Itulah tempat yang paling jauh aku jejaki pada waktu itu…..mungkin yang terjauh aku jejaki dalam hidupku.
Kerja aku kat sana bukannya susah – buruh kasar je ( kongsi kon kata orang Kelate ). Ala……kerja-kerja ringan je. Tempat tinggal?. Kami tinggal di ‘kotai’(rumah kongsi yang diperbuat dari kepingan plywood). Aku duduk di tingkat bawah dan yang masaknya ialah makcikku…..bayar lah sikit-sikit kat diaorang. Aku kerja tak lama, lebih kurang 2 bulan je.
Gajinya kalau tak silap aku, DS 25 (25 Dollar Singapura). Kadar tukar wang pada masa tu kalau tak silap aku…..DS 100 = RM 113. Kalau tak silap akulah….kalau silap, soriiii. Gaji dibayar 2 minggu sekali. Time gaji:hari minggu, kemana lagi kalau bukan pergi ke Rochor Road dekat Woodland. Rochor Road ialah pusat berkumpulnya orang-orang Kelate yang kerja kat Spura. Kalau kat Rochor tu, budu pun ada dijual di situ. Maknanya…inilah betul-betul pusat ‘berehat’ orang Kelate.
Pengalaman tak dilupakan?. Ngeri dan agak dahsyat. Apa tidaknya, semasa kerja abang sulungku terpijak besi runcing 2 hon yang terpacak dicelah besi sehingga kasut yang dipakainnya tembus dan besi tertusuk di telapak kakinya. Berdarah….Agak banyak juga tapi nasib baik tak parah.
Begitulah…..kembara seorang aku di bumi asing untuk mengutip secebis pengalaman untuk dibuat tatapan dan kujadikan semua itu sebagai sebuah ‘kenangan yang terindah’. Ya……sebuah kenangan yang terindah. Dan aku bersyukur kerana aku tidak menjadi sebagai seorang aku seperti 23 tahun yang lalu. Bersyukur apa yang aku ada pada masa ini.
10:38 PM
|
by gmie70
Dulu, memang tak pernah aku bayangkan. Cerita-cerita tu, memang berlaku; tapi bukan di kampungku-di kampung orang lain. Tak terasa sangat lah keperitan, kepayahan, kerumitan yang terpaksa dilalui oleh orang-orang kampung tersebut. Alih-alih....peristiwa tu berlaku juga juga di sekitar kawasan kampung aku. Geramnya aku dan orang-orang kampungku.
Peristiwanya memang impaknya melibatkan keseluruhan rakyat di dalam kampung ku itu; yang mempunyai line telefonlah. Kerap dan acap sangat dah berlaku kecurian kabel telefon ni. Tak terlintas pun perkara ini akan berlaku juga di kampung ku ini. Sehingga setakat hari ini; sudah hampir 4.....5 kali dah kabel telefon ini di curi oleh makhluk yang tiada berperikemanusiaan.
Masa kan tidak....dalam beberapa hari yang lepas, satu kejutan besar telah berlaku semasa kecurian telefon oleh 'makhluk' ini. Kalau dikira dalam jumlah yang kasar, aku tengok hampir sejauh 10 tiang telefon yang kabelnya dikebas oleh makhluk perosak itu. Panjangnya kabel yang dicuri itu. Entah berapa kilo agaknya kabel itu dapat dijual. Inilah satu kecurian kabel telefon yang agak panjang. Beratus meter panjang kabel tersebut.
Kalau sebelum ini.....
8:49 PM
|
by gmie70
Aku ialah insan biasa. Macam dengan orang-orang lain.....aku insan kerdil. Aku berhajat dan berhasrat menjadi seorang hamba yang baik......seorang hamba yang jujur........seorang hamba yang mempunyai kekuatan jati diri.......seorang hamba yang betul-betul bersifat HAMBA. Itu lah harapan seorang aku untuk menjadi seorang hamba.
Setakat mana aku dapat menjadi seorang hamba?
Aku berharap sangat-sangat.....