Kiki garu telinga?


"Ngantuknya rasa hari ini. Nak tidur....hari masih siang lagi. Malu gak kalau asyik tidur je tiap-tiap hari. Telinga pula terasa gatal pula. Nak garu pun, kuku tak potong lagi. Aduuuuuu.....frustnya sebab tak boleh garu telinga yang gatal ni."

Begitulah keadaannya. Andai kata kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang sememangnya kita boleh lakukannya....alangkah frustnya kita pada waktu itu. Kita tidak dapat memanfaatkan kebolehan kita pada waktu itu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Tentu kita akan terasa kekesalan dan ketidakpuasan hati kita. Sekurang-kurangnya kekesalan itu terhadap diri sendiri

Oleh itu, manfaatkan kebolehan dan kelebihan yang dikurniakan Tuhan ke atas kita dengan sebaik-baiknya. Rebutlah sesuatu peluang itu yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup kita.

Bunyi Yang Dilihat?

Perjalanan Panjang 3eh2em


23 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

Jam 7.oo pagi
Aku bertolak dari rumah di Salor ke Tanah Merah. Konon-kononnya nak kejar masa, makan pun tak sempat pada pagi tu. Aku hanya beli makanan bungkus je dan makan di kantin sekolah je. Kejar masa la tu. Bas yang kami akan naik sampai kat sekolah jam 8.35 pagi.





Jam 8.30 pagi
Bas kami sampai kat SYP2. Budak-budak SYP2 dan SKGM sudah ada kat situ. Kebetulan, budak-budak SKGM turun ke SYP2 dan tunggu di situ. Kalau tidak, jenuh la kami akan ke Gua Musang untuk ambil budak-budak SKGM dan gurunya sekali. Jarak dari Tanah Merah ke Gua musang taklah jauh sangat: cuma lebih kurang 300 km je. Mak oiiiii.

Catatan : SYP2 = Sk Yahya Petra 2 ,,,,,,,SKGM= Sk Gua Musang



Ni....cikgi dari PLD Kuala Krai dan PLD Gua Musang. Yang berbaju dan bertudung hitam tu cikgu dari PLG Gua Musang dan berbaju putih tu PLD Kuala Krai

Jam 10.34 pagi
Terasa lapar pula, kami berhenti di R&R Jertih. Berhenti pun taklah lama sangat. Minum teh je. Ada la budak-budak tu beli makanan. Tak leh berhenti lama sangat: perjalanan kami masih jauh.




Jam 12.58 tengahari

Kami berhenti sembahyang di salah sebuah masjid di Terengganu. Lepas sembahyang terus jalaaaaaan.


Jam 3.43 petang


Kami sampai di Bandar Muadzam Shah dan berhenti makan kat situ. Kebetulan pula, makanan tak mencukupi di restoran tersebut. Terpaksalah budak-budak makan apa yang ada kat situ. Aku hanya makan laksa je, bukannya apa sebab dah nak sampai dah. Lebih kurang 2 jam lagi bas kami akan sampai ke Kuantan.




Jam 6.05 petang

Kami sampai ke Pantai Cherating. Tempat penginapan kami ialah di Santuary Resort. Tepi pantai je. Lepas ambil kunci, cheque apa yang patut, terus kami ke bilik yang telah diagihkan oleh PT kami iaitu Cikgu Muhaizi. PT? Pengerusi Teknik la tu. Dalam satu bilik tu, kami duduk seramai 9 orang je. Sesudah itu, kami pun turun makan di dewan bawah. Kami dok di tingkat 3 iaitu di nombor bilik 2302.



Jam 8.00 malam

Sedikit taklimat diadakan di tingkat 5 bersama-sama gimnas serta semua guru pengiring. Program yang aku hadiri ini sebenarnya ialah Kem Bakat Gimnastik Zon Timur 2009.Taklimat tak lah lama sangat. Lepas taklimat, terus ke bilik.




24 OKTOBER 2009 (SABTU)



Jam 5.15 pagi

Seawal pagi lagi kami bangun. Takleh bangun lewat takut jem masa nak masuk toilet. Lagi masalah. Selepas semuanya clear, jam 6.55 pagi kami bersarapan.



Jam 7.30 pagi

Para gimnas berkumpul di lobi Resort. Bas akan membawa kami semua ke Stadium SUKPA yang berjarak jauh 25 km. Aktiviti pada hari ini ialah ujian kecergasan.


Jam 10.55 pagi

Semua ujian telah beres dijalankan ke atas para gimnas. Nak buat apa lagi, terus balik ke Resort la untuk makan. Sebab petang ni jam 2.00 petang akan diadakan ujian kemahiran tahap 1 pula.


Jam 2.00 petang

Ujian kemahiran telah dijalankan ke atas para gimnas. Ada 5 kemahiran gimnastik dijalankan untuk diuji. Selepas semua beres, ujian masa lari 50 meter dijalankan. Lepas tu, terus balik ke Resort dan terus makan malam. Malam ni ada satu lagi program bersama tokoh gimnastik akan diadakan di dewan di tingkat 5 iaitu jam 8.30 malam. Selepas program bersama tokoh itu, para gimnas terus ke bilik untum mengemaskan barang-barang. Maklumlah, nak balik awal esok. Kot-kot program esok habis awal, boleh la kami bertolak awal balik ke Kelantan.



25 OKTOBER 2009 (AHAD)



7.02 pagi

Seperti biasa, kami makan pagi dan terus bertolak ke Stadium SUKPA untuk diadakan pertandingan kecil antara gimnas. Selepas semuanya beres, majlis penutup diadakan di dewan di tingkat 5. Lepas acara penutup, kami terus bertolak balik (lepas makan dah tu) ke Kelate.

Pada jam 5 petang kami sampai di SK Gong Demin dan terus ke SK Langgar di bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.


Lepas hantar para gimnas itu, kami teruk bergerak pulang ke Tanah Merah melalui Jambatan Pasir Mas-Salor. Jam 8.12 malam kami sampailah di sekolah semula. Lepas semua parent gimnas datang ambil anaknya, aku terus bertolak balik ke Salor.


Jauhnya perjalanan aku bersama para gimnas. Bagi orang lain aku tak tahulah. Tapi bagi aku, betapa jauhnya perjalanan kami dari Kelate ke Terenganu dan terus ke Pahang. Aku telah mengalami perjalanan panjang 3 Hari 2 Malam.











Aku masih ke sana

Selepas result yang agak-agak boleh tahan, aku berjaya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Tumpat iaitu dari tahun 1988 – 1989. Sementara menunggu result STPM, sekali lagi aku berhasrat untuk ‘berehat’ di Spura. Tapi kali ini, bukan lagi dengan makcikku tetapi dengan kawanku serta keluarganya. Aku panggil Pak Cu je….nama sebenar ialah Sabri. Dia tinggal di Padang Mandul Cabang 4. Dia ni kawan sedorm semasa aku tinggal di asrama SMT.

Tempat di Spura aku tak ingat apa namanya. Kali ini aku kerja di bahagian besi – ikat mengikat besi. Semasa aku sampai kat Spura, projeknya masih lagi di dalam ‘peket’- buat tapak lah tu. Tapak tiang dikorek- kalau tak silap aku, lebih kurang 10 X 10 kaki dan dalamnya 8 kaki. Tahu-tahu saja lah kalau kerja dalam peket, nak pula bila hujan….lecah, becak dan berselut. Peh…..bila melekat pada kasut, beratnya. Dan, yang paling penting, tidak ada lagi kren kat situ untuk mengangkat bahan-bahan binaan.

Di dalam tapak tu, akan dimasukkan sangkar yang diperbuat daripada besi yang bergelang yang saiznya sebesar ibu jari tangan kanan seorang dewasa. Besar tu. Nak buat bangunan besar lah katakan. Kalau tak silap aku, bangunan kilang setinggi 6 tingkat.

Di sini…..suatu pengalaman perit yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Amat perit. Maklumlah, kerja dalam peket ni, kren mana ada nak angkat ‘barang’. Nak tahu apa yang peritnya-kena usung sangkar untuk dibuat tapak bersaiz 8X8X8 kaki. Mak oi…..bagai nak pecah kepala bahu aku mengusung sangkar itu seramai 12 orang. Aduh….masih aku terasa peritnya aku kerja kat sini pada tahun ini (1989) tidak seperti tahun 1987. Begitulah……walau seperit mana pun kita pada waktu itu, tapi kita kena ingat….masih ada lagi sekumpulan manusia yang perit untuk menjalani kehidupan yang bukan berada di bumi asing. Beringatlah sebelum kena.

Kenanganku Di Ang Mo Kio

Betapa waktu itu, aku masih ingat lagi di kala aku baru tamat menduduki SPM. Pada tahun itu ialah 1987. Maklumlah, selepas habis periksa, tak tahu apa yang hendak dibuat. Bukannya sekejap….lama tu. Kebetulan pada waktu itu, mak sedara aku adalah kerja kat ‘Spura’(Singapura la tu). Teringin gak aku ke sana untuk menghabiskan cutiku yang agak panjang itu. Mak sedara aku tu, bukannya kerja goment kat sana, buruh kasar aje…yang bersesuaian dengan kudrat kaum Hawa la katakana.

Setelah selesai urusan membuat passport-terima kasih mamaku- aku, abangku dan makcik makcikku pun bertolaklah ke Singapura. Tarikh aku pun dah tak ingat dah sebab aku malaslah nak belek passportku itu – passport terhad je. Maklumlah dah hampir 23 tahun dah tu. Kalau ada anak perempuan, mungkin dah dapat timang cucu kot. Yang aku ingat ialah akhir tahun 1987. Tu je yang aku ingat. Itulah first time aku kerja kat Spura. Sebelum ni mana boleh. Sebabnya?......aku masih belajar masih belajar lagi.

Tempat kerja aku kat Spura ialah Ang Mo Kio. Aku masih ingat lagi tempat itu. Itulah tempat yang paling jauh aku jejaki pada waktu itu…..mungkin yang terjauh aku jejaki dalam hidupku.


Kerja aku kat sana bukannya susah – buruh kasar je ( kongsi kon kata orang Kelate ). Ala……kerja-kerja ringan je. Tempat tinggal?. Kami tinggal di ‘kotai’(rumah kongsi yang diperbuat dari kepingan plywood). Aku duduk di tingkat bawah dan yang masaknya ialah makcikku…..bayar lah sikit-sikit kat diaorang. Aku kerja tak lama, lebih kurang 2 bulan je.

Gajinya kalau tak silap aku, DS 25 (25 Dollar Singapura). Kadar tukar wang pada masa tu kalau tak silap aku…..DS 100 = RM 113. Kalau tak silap akulah….kalau silap, soriiii. Gaji dibayar 2 minggu sekali. Time gaji:hari minggu, kemana lagi kalau bukan pergi ke Rochor Road dekat Woodland. Rochor Road ialah pusat berkumpulnya orang-orang Kelate yang kerja kat Spura. Kalau kat Rochor tu, budu pun ada dijual di situ. Maknanya…inilah betul-betul pusat ‘berehat’ orang Kelate.

Pengalaman tak dilupakan?. Ngeri dan agak dahsyat. Apa tidaknya, semasa kerja abang sulungku terpijak besi runcing 2 hon yang terpacak dicelah besi sehingga kasut yang dipakainnya tembus dan besi tertusuk di telapak kakinya. Berdarah….Agak banyak juga tapi nasib baik tak parah.

Begitulah…..kembara seorang aku di bumi asing untuk mengutip secebis pengalaman untuk dibuat tatapan dan kujadikan semua itu sebagai sebuah ‘kenangan yang terindah’. Ya……sebuah kenangan yang terindah. Dan aku bersyukur kerana aku tidak menjadi sebagai seorang aku seperti 23 tahun yang lalu. Bersyukur apa yang aku ada pada masa ini.

Geramnya akuuuuu.....

Dulu, memang tak pernah aku bayangkan. Cerita-cerita tu, memang berlaku; tapi bukan di kampungku-di kampung orang lain. Tak terasa sangat lah keperitan, kepayahan, kerumitan yang terpaksa dilalui oleh orang-orang kampung tersebut. Alih-alih....peristiwa tu berlaku juga juga di sekitar kawasan kampung aku. Geramnya aku dan orang-orang kampungku.



Peristiwanya memang impaknya melibatkan keseluruhan rakyat di dalam kampung ku itu; yang mempunyai line telefonlah. Kerap dan acap sangat dah berlaku kecurian kabel telefon ni. Tak terlintas pun perkara ini akan berlaku juga di kampung ku ini. Sehingga setakat hari ini; sudah hampir 4.....5 kali dah kabel telefon ini di curi oleh makhluk yang tiada berperikemanusiaan.

Masa kan tidak....dalam beberapa hari yang lepas, satu kejutan besar telah berlaku semasa kecurian telefon oleh 'makhluk' ini. Kalau dikira dalam jumlah yang kasar, aku tengok hampir sejauh 10 tiang telefon yang kabelnya dikebas oleh makhluk perosak itu. Panjangnya kabel yang dicuri itu. Entah berapa kilo agaknya kabel itu dapat dijual. Inilah satu kecurian kabel telefon yang agak panjang. Beratus meter panjang kabel tersebut.

Kalau sebelum ini.....

Aku Seorang Hamba

Aku ialah insan biasa. Macam dengan orang-orang lain.....aku insan kerdil. Aku berhajat dan berhasrat menjadi seorang hamba yang baik......seorang hamba yang jujur........seorang hamba yang mempunyai kekuatan jati diri.......seorang hamba yang betul-betul bersifat HAMBA. Itu lah harapan seorang aku untuk menjadi seorang hamba.

Setakat mana aku dapat menjadi seorang hamba?

Aku berharap sangat-sangat.....

Menu:Nasi Goreng

Hari ni kami bangun macam biasa. Lepas mandi, sembahyang dan semuanya ok....kami bersarapan dengan menu istimewa....Nasi Goreng special. Bukannya apa...kebetulan rumah kami berhampiran dengan rumah mertua, dia hulur sedikit nasi goreng tu. Budak-budak tu yang nak makan nasi goreng tu.

Dari semalam lagi dia orang pesan pada Tok Mi suruh buat nasi goreng untuk di bawa bekal ke sekolah. Tok Mi nya apa lagi....disebabkan cucu-cucunya nak makan nasi goreng tu....dia hulurkanlah semangkuk nasi goreng pada jam 6.30 pagi tadi. Saya pun tumpang sekaki lah makan dengan budak-budak tu. Terima kasih Tok Mi kerana sudi menyediakan nasi goreng untuk budak-budak tu. Tq mama

Tok Mi & Angah

Tok Mi dan Angah sempat lagi menyikat rambut di dapur. Sambil-sambil tunggu kuah lontong siap lah tu. Atau sementara tunggu ayah dan anak-anaknya datang makan kat rumah kami.

Taman Mini Landskap



Taman mini- dalam proses pembikinan lagi tu...tak berapa siap lagi. Maklumlah, sibuk dok saja....hehehe. Ala...buat sendiri je. Time rajin tu boleh lah buat sikit-sikit. Mana ada masa nak buat lama-lama. Balik sekolah dah jam 3 lebih baru sampai kat rumah. Mana dan. Time-time cuti le buat sikit-sikit. Tu la agak terbengkalai lagi tu. Tema? Takde tema-tema lah. pakai hantam je. .....IT(ikut terlintas). Tengok...pokok pun tak berapa ada lagi. Tak tahu jenis pokok apa yang sesuai untuk ditanam. janji ada pokok...baru namanya taman. Kan! Rasa-rasanya pokok apa lagi yang sesuai ditanam kat situ ye?. Ni....tengah hamba dok fikir ni.

"Kiki" yang terkemol


Ini seekor kucing. Nampak gayanya ia baru bangun dari tidurnya yang tak berapa lena. Maklumlah.....sebab tidur di tempat yang terbuka-tepi pasu bunga, mana syoknya. Terkejut gak ia sebab gambar diambil secara tiba-tiba. Kesiannye kat dia....sebab tak mandi lagi......
p/s: Terkemol = agak-agak terkejut dan terkebil- kebil....sikit je

Harga sebuah pengorbanan

Ini adalah suatu cerita yang sempat kukutip dari Radio Malaysia Kelantan FM. Ceritanya........
Ada seorang pemuda yang jatuh cinta pada seorang wanita. Walaupun wanita itu buta, tetapi disebabkan ada sesuatu kelainan pada wanita tersebut, pemuda itu ingin meluahkan perasaan sayang pada wanita tersebut. Mereka hanya dapat "bertemu" hanya melalui telefon sahaja. Pemuda itu selalu menelefon wanita itu untuk bertanyakan khabar berita dan berbicara antara dua hati.

Pada suatu ketika ,setelah sekian lama mereka berkawan, maka terdetik di hati pemuda itu ingin berjumpa dengan "sahabatnya" itu. Setelah dibuat temujanji, maka mereka bertemulah di suatu tempat yang dijanjikan. Pada pertemuan itu. alangkah hancurnya harapan pemuda itu kerana persahabatan mereka bina sebelum ini hanya setakat itu sahaja dan terputus di tengah jalan. Wanita itu memutuskan persahabatan mereka selama ini terjalin adalah kerana disebabkan hanya pemuda itu seorang yang buta. Sebelum wanita itu beredar, sempat pemuda itu berpesan kepada wanita itu, dengan katanya, " Tolong jaga elok-elok mata saya itu." sambil berlalu pergi dengan hati yang hampa dan hancur luluh. Begitulah, betapa mahalnya harga sebuah pengorbanan.

Sukarnya melintas jalan.

Pasir Mas,19 Ramadhan : Suasana pada petang itu adalah agak sibuk. Kenderaan lalu lalang semakin banyak di atas jalan raya. Sementara menunggu isteriku ke Bank RHB Pasir Mas, aku menunggu di dalam kereta. Jam waktu itu lebih kurang pukul 3.40 petang. Semasa aku di dalam kereta, terlihat seorang wanita yang lebih kurang umur separuh abad. Dia ingin melintas menyeberangi jalan. Melintas bukan bersendirian, tetapi membawa barang- batang paip PVC lebih kurang 18 kaki. Cuba bayangkan, wanita itu ingi melintas jalan bersama dengan sebatang paip yang panjang. Agak lama kuperhatikannya untuk melintas jalan. Dia hanya dapat berdiri sahajadi tepi jalan sementara kenderaan tidak putus di atas jalan. Tepati mujurlah dikesempatan yang agak lengang- sebab ada lampu isyarat di hadapan- dapatlah kiranya dia melintas jalan tersebut. Betapa sukarnya melintas jalan bersama paipnya di tangan.

Semalam Yang Hilang : sebuah catatan panjang buat seorang mama (1)


Tidak tahu di mana ingin kumulakan bicara ini. Ini hanya catatan sebuah nostalgia. Telah lama ianya berlaku. Pada waktu itu, aku masih berkhidmat di SKTUDM Subang, Shah Alam. Kalau tak silap pada tahun 1998. Aku mendapat khabar mamaku telah dimasukkan ke hospital besar di Johor Bharu. Aku bergegas ke stesen bas Pudu Raya bersama isteriku yang sarat mengandung lebih kurang 5 bulan.
Aku kesana menaiki motorsikal RXZ dan parking di sebelah Setesen bas Pudu Raya. Pada jam 9 pagi : -kalau tak silap-, aku menaiki bas ke Johor Bharu. Bas yang kunaiki tiba di stesen bas Larkin pada petang itu. Aku terus menaiki teksi untuk ke Hospital Sultanah Aminah. Sesampai di sana, nenekku bersama ibu saudaraku sudah berada di sisi ibuku. Khabarnya mereka telah sampai pada petang semalam. Setiba hi hujung katilnya, kulihat ibuku sedang terlantar dan terus kucium tangan ibuku. Rupa-rupanya ibuku dimasukkan ke hospital kerana penyakit kerosakkan buah pinggang. Mungkin kerana ibuku terlalu bergantung kepada ubat kencing manis yang dimakannya pada jangka masa yang lama.
Ibuku juga pernah mengidap kencing manis dan sentiasa bergantung pada ubatnya itu. Itu satu kemungkinan. Kadang-kadang untuk kita mengubati sesuatu penyakit dengan megamalkan memakan ubat setiap hari: ia akan mendatang satu penyakit yang baru-berangkai. Tidak lama kemudian, datang doktor dan beberapa jururawat untuk membuat x-ray terhada ibuku. Pada waktu itu, kulihat satu kesiksaan terhadap ibuku semasa doktor ingin membuat x-ray: kerana terpaksa mengubah kedudukan ibuku di atas katil itu. Sedangkan, keadaan ibuku pada waktu itu:untuk menggerakkan tubuhnya adalah terlalu sukar dan agak sakit baginya. Dalam pada itu kulihat riak wajah ibuku sentiasa menahan kesakitan..........

Suatu catatan

Hari ini masih lagi di bulan puasa. Masa PJ dipadang digantikan PJK di dalam kelas je. Sambil sembang-sembang, kebetulan ada murid baru dalam kelas tersebut. Air mukanya kelihatan biasa je: macam murid-murid lain. Aku bertanya khabar, sekolah mana sebelum ni, datang sekolah, sapa yang hantar. Dia pula sebelum tu, nampak malu-malu je.

Maklumlah, murid baru. Dalam banyak banyak jawapan tu, dia bagitau, kadang-kadang tak datang ke sekolah. Aku tanya, kenapa tak datang sekolah. Dia bagitau: " Ayah tak boleh hantar sebab minyak motosikal dan minyak kereta tidak ada." Hampir nak menitis air mata mendengar kata-katanya. Katanya, ayahnya kerja membuat rumah dan emaknya menoreh getah. Masih ada lagi masyarakat yang berada dalam keadaan sedemikian sedangkan negara ini menuju ke arah status negara maju. Walaubagaimanapun bersyukurlah apa yang kita ada. Salam lebaran buat semua.

sebuah kehidupan

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang panjang. Dan, kematian juga adalah suatu perjalanan yang panjang.