Semalam Yang Hilang : sebuah catatan panjang buat seorang mama (1)


Tidak tahu di mana ingin kumulakan bicara ini. Ini hanya catatan sebuah nostalgia. Telah lama ianya berlaku. Pada waktu itu, aku masih berkhidmat di SKTUDM Subang, Shah Alam. Kalau tak silap pada tahun 1998. Aku mendapat khabar mamaku telah dimasukkan ke hospital besar di Johor Bharu. Aku bergegas ke stesen bas Pudu Raya bersama isteriku yang sarat mengandung lebih kurang 5 bulan.
Aku kesana menaiki motorsikal RXZ dan parking di sebelah Setesen bas Pudu Raya. Pada jam 9 pagi : -kalau tak silap-, aku menaiki bas ke Johor Bharu. Bas yang kunaiki tiba di stesen bas Larkin pada petang itu. Aku terus menaiki teksi untuk ke Hospital Sultanah Aminah. Sesampai di sana, nenekku bersama ibu saudaraku sudah berada di sisi ibuku. Khabarnya mereka telah sampai pada petang semalam. Setiba hi hujung katilnya, kulihat ibuku sedang terlantar dan terus kucium tangan ibuku. Rupa-rupanya ibuku dimasukkan ke hospital kerana penyakit kerosakkan buah pinggang. Mungkin kerana ibuku terlalu bergantung kepada ubat kencing manis yang dimakannya pada jangka masa yang lama.
Ibuku juga pernah mengidap kencing manis dan sentiasa bergantung pada ubatnya itu. Itu satu kemungkinan. Kadang-kadang untuk kita mengubati sesuatu penyakit dengan megamalkan memakan ubat setiap hari: ia akan mendatang satu penyakit yang baru-berangkai. Tidak lama kemudian, datang doktor dan beberapa jururawat untuk membuat x-ray terhada ibuku. Pada waktu itu, kulihat satu kesiksaan terhadap ibuku semasa doktor ingin membuat x-ray: kerana terpaksa mengubah kedudukan ibuku di atas katil itu. Sedangkan, keadaan ibuku pada waktu itu:untuk menggerakkan tubuhnya adalah terlalu sukar dan agak sakit baginya. Dalam pada itu kulihat riak wajah ibuku sentiasa menahan kesakitan..........
0 Responses