Tok Mi & Angah

Tok Mi dan Angah sempat lagi menyikat rambut di dapur. Sambil-sambil tunggu kuah lontong siap lah tu. Atau sementara tunggu ayah dan anak-anaknya datang makan kat rumah kami.

Taman Mini Landskap



Taman mini- dalam proses pembikinan lagi tu...tak berapa siap lagi. Maklumlah, sibuk dok saja....hehehe. Ala...buat sendiri je. Time rajin tu boleh lah buat sikit-sikit. Mana ada masa nak buat lama-lama. Balik sekolah dah jam 3 lebih baru sampai kat rumah. Mana dan. Time-time cuti le buat sikit-sikit. Tu la agak terbengkalai lagi tu. Tema? Takde tema-tema lah. pakai hantam je. .....IT(ikut terlintas). Tengok...pokok pun tak berapa ada lagi. Tak tahu jenis pokok apa yang sesuai untuk ditanam. janji ada pokok...baru namanya taman. Kan! Rasa-rasanya pokok apa lagi yang sesuai ditanam kat situ ye?. Ni....tengah hamba dok fikir ni.

"Kiki" yang terkemol


Ini seekor kucing. Nampak gayanya ia baru bangun dari tidurnya yang tak berapa lena. Maklumlah.....sebab tidur di tempat yang terbuka-tepi pasu bunga, mana syoknya. Terkejut gak ia sebab gambar diambil secara tiba-tiba. Kesiannye kat dia....sebab tak mandi lagi......
p/s: Terkemol = agak-agak terkejut dan terkebil- kebil....sikit je

Harga sebuah pengorbanan

Ini adalah suatu cerita yang sempat kukutip dari Radio Malaysia Kelantan FM. Ceritanya........
Ada seorang pemuda yang jatuh cinta pada seorang wanita. Walaupun wanita itu buta, tetapi disebabkan ada sesuatu kelainan pada wanita tersebut, pemuda itu ingin meluahkan perasaan sayang pada wanita tersebut. Mereka hanya dapat "bertemu" hanya melalui telefon sahaja. Pemuda itu selalu menelefon wanita itu untuk bertanyakan khabar berita dan berbicara antara dua hati.

Pada suatu ketika ,setelah sekian lama mereka berkawan, maka terdetik di hati pemuda itu ingin berjumpa dengan "sahabatnya" itu. Setelah dibuat temujanji, maka mereka bertemulah di suatu tempat yang dijanjikan. Pada pertemuan itu. alangkah hancurnya harapan pemuda itu kerana persahabatan mereka bina sebelum ini hanya setakat itu sahaja dan terputus di tengah jalan. Wanita itu memutuskan persahabatan mereka selama ini terjalin adalah kerana disebabkan hanya pemuda itu seorang yang buta. Sebelum wanita itu beredar, sempat pemuda itu berpesan kepada wanita itu, dengan katanya, " Tolong jaga elok-elok mata saya itu." sambil berlalu pergi dengan hati yang hampa dan hancur luluh. Begitulah, betapa mahalnya harga sebuah pengorbanan.

Sukarnya melintas jalan.

Pasir Mas,19 Ramadhan : Suasana pada petang itu adalah agak sibuk. Kenderaan lalu lalang semakin banyak di atas jalan raya. Sementara menunggu isteriku ke Bank RHB Pasir Mas, aku menunggu di dalam kereta. Jam waktu itu lebih kurang pukul 3.40 petang. Semasa aku di dalam kereta, terlihat seorang wanita yang lebih kurang umur separuh abad. Dia ingin melintas menyeberangi jalan. Melintas bukan bersendirian, tetapi membawa barang- batang paip PVC lebih kurang 18 kaki. Cuba bayangkan, wanita itu ingi melintas jalan bersama dengan sebatang paip yang panjang. Agak lama kuperhatikannya untuk melintas jalan. Dia hanya dapat berdiri sahajadi tepi jalan sementara kenderaan tidak putus di atas jalan. Tepati mujurlah dikesempatan yang agak lengang- sebab ada lampu isyarat di hadapan- dapatlah kiranya dia melintas jalan tersebut. Betapa sukarnya melintas jalan bersama paipnya di tangan.

Semalam Yang Hilang : sebuah catatan panjang buat seorang mama (1)


Tidak tahu di mana ingin kumulakan bicara ini. Ini hanya catatan sebuah nostalgia. Telah lama ianya berlaku. Pada waktu itu, aku masih berkhidmat di SKTUDM Subang, Shah Alam. Kalau tak silap pada tahun 1998. Aku mendapat khabar mamaku telah dimasukkan ke hospital besar di Johor Bharu. Aku bergegas ke stesen bas Pudu Raya bersama isteriku yang sarat mengandung lebih kurang 5 bulan.
Aku kesana menaiki motorsikal RXZ dan parking di sebelah Setesen bas Pudu Raya. Pada jam 9 pagi : -kalau tak silap-, aku menaiki bas ke Johor Bharu. Bas yang kunaiki tiba di stesen bas Larkin pada petang itu. Aku terus menaiki teksi untuk ke Hospital Sultanah Aminah. Sesampai di sana, nenekku bersama ibu saudaraku sudah berada di sisi ibuku. Khabarnya mereka telah sampai pada petang semalam. Setiba hi hujung katilnya, kulihat ibuku sedang terlantar dan terus kucium tangan ibuku. Rupa-rupanya ibuku dimasukkan ke hospital kerana penyakit kerosakkan buah pinggang. Mungkin kerana ibuku terlalu bergantung kepada ubat kencing manis yang dimakannya pada jangka masa yang lama.
Ibuku juga pernah mengidap kencing manis dan sentiasa bergantung pada ubatnya itu. Itu satu kemungkinan. Kadang-kadang untuk kita mengubati sesuatu penyakit dengan megamalkan memakan ubat setiap hari: ia akan mendatang satu penyakit yang baru-berangkai. Tidak lama kemudian, datang doktor dan beberapa jururawat untuk membuat x-ray terhada ibuku. Pada waktu itu, kulihat satu kesiksaan terhadap ibuku semasa doktor ingin membuat x-ray: kerana terpaksa mengubah kedudukan ibuku di atas katil itu. Sedangkan, keadaan ibuku pada waktu itu:untuk menggerakkan tubuhnya adalah terlalu sukar dan agak sakit baginya. Dalam pada itu kulihat riak wajah ibuku sentiasa menahan kesakitan..........

Suatu catatan

Hari ini masih lagi di bulan puasa. Masa PJ dipadang digantikan PJK di dalam kelas je. Sambil sembang-sembang, kebetulan ada murid baru dalam kelas tersebut. Air mukanya kelihatan biasa je: macam murid-murid lain. Aku bertanya khabar, sekolah mana sebelum ni, datang sekolah, sapa yang hantar. Dia pula sebelum tu, nampak malu-malu je.

Maklumlah, murid baru. Dalam banyak banyak jawapan tu, dia bagitau, kadang-kadang tak datang ke sekolah. Aku tanya, kenapa tak datang sekolah. Dia bagitau: " Ayah tak boleh hantar sebab minyak motosikal dan minyak kereta tidak ada." Hampir nak menitis air mata mendengar kata-katanya. Katanya, ayahnya kerja membuat rumah dan emaknya menoreh getah. Masih ada lagi masyarakat yang berada dalam keadaan sedemikian sedangkan negara ini menuju ke arah status negara maju. Walaubagaimanapun bersyukurlah apa yang kita ada. Salam lebaran buat semua.

sebuah kehidupan

Kehidupan adalah suatu perjalanan yang panjang. Dan, kematian juga adalah suatu perjalanan yang panjang.