Aku masih ke sana

Selepas result yang agak-agak boleh tahan, aku berjaya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Tumpat iaitu dari tahun 1988 – 1989. Sementara menunggu result STPM, sekali lagi aku berhasrat untuk ‘berehat’ di Spura. Tapi kali ini, bukan lagi dengan makcikku tetapi dengan kawanku serta keluarganya. Aku panggil Pak Cu je….nama sebenar ialah Sabri. Dia tinggal di Padang Mandul Cabang 4. Dia ni kawan sedorm semasa aku tinggal di asrama SMT.

Tempat di Spura aku tak ingat apa namanya. Kali ini aku kerja di bahagian besi – ikat mengikat besi. Semasa aku sampai kat Spura, projeknya masih lagi di dalam ‘peket’- buat tapak lah tu. Tapak tiang dikorek- kalau tak silap aku, lebih kurang 10 X 10 kaki dan dalamnya 8 kaki. Tahu-tahu saja lah kalau kerja dalam peket, nak pula bila hujan….lecah, becak dan berselut. Peh…..bila melekat pada kasut, beratnya. Dan, yang paling penting, tidak ada lagi kren kat situ untuk mengangkat bahan-bahan binaan.

Di dalam tapak tu, akan dimasukkan sangkar yang diperbuat daripada besi yang bergelang yang saiznya sebesar ibu jari tangan kanan seorang dewasa. Besar tu. Nak buat bangunan besar lah katakan. Kalau tak silap aku, bangunan kilang setinggi 6 tingkat.

Di sini…..suatu pengalaman perit yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Amat perit. Maklumlah, kerja dalam peket ni, kren mana ada nak angkat ‘barang’. Nak tahu apa yang peritnya-kena usung sangkar untuk dibuat tapak bersaiz 8X8X8 kaki. Mak oi…..bagai nak pecah kepala bahu aku mengusung sangkar itu seramai 12 orang. Aduh….masih aku terasa peritnya aku kerja kat sini pada tahun ini (1989) tidak seperti tahun 1987. Begitulah……walau seperit mana pun kita pada waktu itu, tapi kita kena ingat….masih ada lagi sekumpulan manusia yang perit untuk menjalani kehidupan yang bukan berada di bumi asing. Beringatlah sebelum kena.
0 Responses