Kenanganku Di Ang Mo Kio

Betapa waktu itu, aku masih ingat lagi di kala aku baru tamat menduduki SPM. Pada tahun itu ialah 1987. Maklumlah, selepas habis periksa, tak tahu apa yang hendak dibuat. Bukannya sekejap….lama tu. Kebetulan pada waktu itu, mak sedara aku adalah kerja kat ‘Spura’(Singapura la tu). Teringin gak aku ke sana untuk menghabiskan cutiku yang agak panjang itu. Mak sedara aku tu, bukannya kerja goment kat sana, buruh kasar aje…yang bersesuaian dengan kudrat kaum Hawa la katakana.

Setelah selesai urusan membuat passport-terima kasih mamaku- aku, abangku dan makcik makcikku pun bertolaklah ke Singapura. Tarikh aku pun dah tak ingat dah sebab aku malaslah nak belek passportku itu – passport terhad je. Maklumlah dah hampir 23 tahun dah tu. Kalau ada anak perempuan, mungkin dah dapat timang cucu kot. Yang aku ingat ialah akhir tahun 1987. Tu je yang aku ingat. Itulah first time aku kerja kat Spura. Sebelum ni mana boleh. Sebabnya?......aku masih belajar masih belajar lagi.

Tempat kerja aku kat Spura ialah Ang Mo Kio. Aku masih ingat lagi tempat itu. Itulah tempat yang paling jauh aku jejaki pada waktu itu…..mungkin yang terjauh aku jejaki dalam hidupku.


Kerja aku kat sana bukannya susah – buruh kasar je ( kongsi kon kata orang Kelate ). Ala……kerja-kerja ringan je. Tempat tinggal?. Kami tinggal di ‘kotai’(rumah kongsi yang diperbuat dari kepingan plywood). Aku duduk di tingkat bawah dan yang masaknya ialah makcikku…..bayar lah sikit-sikit kat diaorang. Aku kerja tak lama, lebih kurang 2 bulan je.

Gajinya kalau tak silap aku, DS 25 (25 Dollar Singapura). Kadar tukar wang pada masa tu kalau tak silap aku…..DS 100 = RM 113. Kalau tak silap akulah….kalau silap, soriiii. Gaji dibayar 2 minggu sekali. Time gaji:hari minggu, kemana lagi kalau bukan pergi ke Rochor Road dekat Woodland. Rochor Road ialah pusat berkumpulnya orang-orang Kelate yang kerja kat Spura. Kalau kat Rochor tu, budu pun ada dijual di situ. Maknanya…inilah betul-betul pusat ‘berehat’ orang Kelate.

Pengalaman tak dilupakan?. Ngeri dan agak dahsyat. Apa tidaknya, semasa kerja abang sulungku terpijak besi runcing 2 hon yang terpacak dicelah besi sehingga kasut yang dipakainnya tembus dan besi tertusuk di telapak kakinya. Berdarah….Agak banyak juga tapi nasib baik tak parah.

Begitulah…..kembara seorang aku di bumi asing untuk mengutip secebis pengalaman untuk dibuat tatapan dan kujadikan semua itu sebagai sebuah ‘kenangan yang terindah’. Ya……sebuah kenangan yang terindah. Dan aku bersyukur kerana aku tidak menjadi sebagai seorang aku seperti 23 tahun yang lalu. Bersyukur apa yang aku ada pada masa ini.
0 Responses